Sunday, 25 August 2013

Islam yang sangat Bumi

Mars One merupakan sebuah projek untuk menghantar manusia ke planet Marikh dan menubuhkan sebuah koloni manusia di sana menjelang tahun 2023. Jika projek ini berjaya, maka Bumi bukanlah lagi satu-satunya planet yang diduduki oleh manusia. Hal ini akan mendatangkan sedikit kesukaran kepada golongan ulama’ Islam terutamanya dalam menjawab isu-isu berkenaan dengan ibadah khusus seperti solat dan haji.

Menurut ajaran Islam, selain daripada keadaan darurat, yakni mendesak atau memaksa, solat hendaklah dilakukan dengan menghadap Ka’bah, sebuah bangunan berbentuk kubus yang terletak di Makkah, Arab Saudi. Kesukaran yang dihadapi oleh ulama’ ialah apabila keadaan “darurat” ini menjadi sesuatu norma apabila jumlah Muslim bertambah ramai, menjadikan populasi Muslim yang tinggal di planet-planet lain melebihi populasi Muslim yang menduduki Bumi. Permasalahan yang sama dapat dilihat dalam kes ibadah haji, di mana umat Islam perlu menziarahi Makkah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup bagi menjalani ibadah tersebut. Jika di atas Bumi pun terdapat ramai manusia yang dikecualikan daripada ibadah haji yang menjadi rukun Islam, maka apatah lagi bagi mereka yang tinggal di planet-planet yang lain? Ini menjadikan kita tertanya-tanya, apakah sebabnya disyariatkan sesuatu yang begitu penting jika ia tidak mampu untuk dilakukan oleh ramai manusia? Apakah maqasid al-syari’ah (tujuan atau matlamat) yang cuba dicapai oleh pensyariatan ibadah haji? Mungkinkah ini bukti kepada keterikatan syari’ah Islam kepada faktor-faktor geografi dan dalam masa yang sama menafikan konsep alamiyyahnya (universaliti)?

Dalam perkembangan lain, berselari dengan konsep alamiyyah, gerakan Islamisasi Ikhwanul Muslimin (IM), dalam misi mereka untuk mengislahkan alam dan menyebarkan mesej suci Islam, telah mengadakan sebuah majlis syura. Antara hasil daripada mesyuarat tersebut, maratib amal atau tingkatan kerja yang diusulkan oleh penubuh IM Hassan Al-Banna tersebut telah dinilai sebagai lapuk dan memerlukan pengemaskinian. Berikut ialah gambar rajah maratib amal dalam versi yang telah dikemaskinikan:




Menurut wakil syura yang ditemuduga, maratib amal ini tertakluk kepada perkembangan dalam pengetahuan manusia yang selanjutnya dan pengemaskinian mungkin perlu dilakukan sekali lagi jika hipotesis multiverse itu terbukti benar.

12 comments:

  1. Masalah dalam ijtihad semakin meruncing bila penemuan makhluk-makhluk asing di planet-planet luar dari sistem solar.

    Persoalan samada alien mualaf wajib berkhatan atau tidak kerana perbezaan genitalia, persoalan makhluk mempunyai 5 tangan perlu basuh semua tgn semasa wuduk atau dua sahaja, bagaimana pula jika alien itu tiada tgn tetapi hanya tentacles panjang?

    PS: Post terbaik. Pening ulama nak buat hukum lepas ni.

    ReplyDelete
  2. ni sampai khilafah je. yang planet tu x tahu pulak.. sbb nampak sngat edit kat latar belakangnya. kalau saya salah betulkan saya

    ReplyDelete
  3. tapi saya tak tahu ni sarcasm atau x.

    ReplyDelete
  4. Sab: Hassan Al-Banna menggambarkan tahap tertinggi sebagai ustaziyatul alam, iaitu penguasaan "dunia" atau Bumi, yang merupakan sebuah planet (Sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. (Al-Anfal: 39), diquote dari http://jalanjuang.wordpress.com/maratib-amal/).

    Kerja mengedit memang sengaja dilakukan dengan sambil lewa untuk menunjukkan sifat parodinya.

    ReplyDelete
  5. 1.kalau ada pun "keperluan", mengadap je ke bumi, tempat kaabah ada.

    Org Islam sembah Tuhan, kaabah tu direction guide untuk memalingkan wajah ke arah tu time sembahyang.

    Kalau tak tahu arah pun (dlm hutan tebal misalannya), arah mana2 pun boleh.


    2. Persoalan samada alien mualaf wajib berkhatan atau tidak kerana perbezaan genitalia, persoalan makhluk mempunyai 5 tangan perlu basuh semua tgn semasa wuduk atau dua sahaja, bagaimana pula jika alien itu tiada tgn tetapi hanya tentacles panjang?

    Ikut pengetahuan aku yg simple ini, manusia dan jin sahaja yg obligated (dipertanggungjawab) utk menyembah Tuhan. Binatang, pokok2 itu semua Tuhan tak force that obligation. As per my view la.

    3. ada share juga view aku di http://mulhidmelayu.blogspot.com/2013/08/penting-sangatkah-tauhid.html, pandangan aku berkenaan Tuhan itu satu. Kalau ikut aku, It has to be One.

    ReplyDelete
  6. [mengadap je ke bumi]

    Sesuatu yang agak sukar.

    [direction guide]

    Yang menjadi syarat sah yang wajib dipenuhi dalam keadaan normal. Sesuatu yang wajib pastinya penting. Aku agak, tujuan solat disyariatkan ialah untuk mengingati tuhan secara regular. Aku tak nampak bagaimana orientasi badan yang tidak menghala kepada sesuatu koordinasi mampu menghalang seseorang itu mengingati tuhan, sehingga menjadikan meditasinya kurang berkualiti dan tidak diterima berbanding dengan orang yang berbuat sebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. op.....share view lagi.

      ikut apa yg aku paham...dlm Islam ada differentiate mengingati Tuhan dan penyembahan Tuhan.

      solat is an element dalam penyembahan Tuhan...klu kau tahu, dlm Surah Al Ma'un itself ada cela org yg solat tapi x bagi makan anak yatim dan tolong org susah in terms of giving utilities.

      Pasal penerimaan ibadat, it's solely by Tuhan, I myself couldn't know, diterima atau tak.

      Solat bukan setakat satu meditation. Solat itu apa? Aku sendiri pun tak pandai nak cerita panjang. Limited lagi knowledge aku pasal solat.

      Delete
  7. [manusia dan jin sahaja yg obligated (dipertanggungjawab) utk menyembah Tuhan.]

    Ini view yang agak geocentric (tertumpu di Bumi). Dalam alam yang begitu luas, takkan di atas sebuah planet kecil di ceruk Bima Sakti sahaja terdapat para wakil (khalifah) kepada pentadbiran tuhan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. No problem. dalam Bumi ni itself ada billions of hidupan, yang dipilih utk tanggungjawab penyembahan hanya 2...manusia dgn jin.

      Memang agama semua pun focus kat Blue Pale Dot ni sahaja.

      For some reason I don't know for sure. Satu reason I can think of is, manusia ni limited but with potentials.Focus much on the potential building of humans.

      Delete
    2. [No problem. dalam Bumi ni itself ada billions of hidupan, yang dipilih utk tanggungjawab penyembahan hanya 2...manusia dgn jin. ]

      Saintis dah jumpa banyak planet2 yang berada di zon yang sesuai dalam sistem solar mereka untuk membenarkan kehidupan. Dalam sejarah planet Bumi, sekejap selepas pembentukan bumi, kehidupan bermula. Ini menunjukkan yang kehidupan sebenarnya bukanlah satu fenomena yang begitu sukar. Evolusi pula merupakan sesuatu yang pasti. Atas planet kita, evolusi hidupan bijak (intelligent life) telah berlaku satu kali. Alam semesta mempunyai beratus billion galaksi, dan dalam Bima Sakti sahaja ada 300 billion bintang, dan dalam sistem solar kita, ada 8 planet dan 1 daripadanya (buat masa ini) mempunyai kehipuan. Bayangkan jumlah planet2 yang secara kebarangkaliannya sesuai untuk diduduki oleh hidupan. Kebarangkalian bagi kehidupan bijak untuk berevolusi di planet2 sesuai yang lain adalah agak tinggi.Untuk membuat andaian yang kita satu2nya makhluk cukup bijak yang telah berevolusi di dalam alam semesta yang layak untuk mendapat wahyu adalah sangat tidak berpatutan. Malah boleh dikatakan sombong.

      [Memang agama semua pun focus kat Blue Pale Dot ni sahaja. ]

      Mungkin ada penjelasan yang mudah kepada kenapa agama tertumpu pada Bumi sahaja. Sebab mereka, dengan ilmu dan alat yang mereka miliki pada masa mereka me-reka kisah2 dongeng mereka, tak pernah terbayang yang “dunia” itu jauh lebih besar daripada bumi yang mereka duduki. Mereka lihat, dunia ini indah, maka, mereka anggap dunia ini ciptaan tuhan. Sebab mereka mengkiaskan penciptaan dunia dengan penciptaan sebuah rumah: "Rumah ada pencipta, maka alam mesti ada pencipta." Mereka tak tahu berkenaan dengan graviti dan bagaimana ia mampu mencipta dunia. Mereka juga tak pernah terbayang mekanisme evolusi yang telah menghasilkan mereka. Melihat kehebatan mereka sendiri ke atas para haiwan, mereka merasakan yang mereka lebih baik dan merupakan golongan yang terpilih oleh tuhan. Sebab itu banyak agama yang begitu human-/geocentric.

      [For some reason I don't know for sure. Satu reason I can think of is, manusia ni limited but with potentials.Focus much on the potential building of humans.]

      Hmmm… Melihatkan yang kita sendiri evolve daripada hidupan yang lebih asas, aku tak nampak camne kita sahaja yang mempunyai “potential” yang kau sebut ini. Dengan genetic engineering, mungkin spesis lain juga boleh dipercepatkan evolusi mereka sehingga mereka sendiri mengevolusi kepandaian (intelligence) dan akhirnya berfikir tentang kehidupan sebagaimana kita. Secara teorinya, mereka juga mempunyai potensi yang sama seperti manusia. Maka, apakah keistimewaan manusia, melainkan nasib baik yang membenarkan mereka mengevolusi kepandaian lebih cepat daripada haiwan2 yang lain?

      Delete