Tuesday 6 August 2013

Penting sangatkah tauhid?

Tauhid (keesaan) ialah antara hujah kenapa Muslim memilih Islam berbanding dengan agama-agama lain. Mereka berpendapat yang tauhid ialah satu-satunya konsep ketuhanan yang boleh wujud, apa-apa alternatif kepada tauhid akan menjadikan kewujudan alam ini sesuatu yang mustahil. Dalam Al-Qur’an ada disebut:

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya… (Qur’an 21:22)

Aku tak bersetuju. Kenapa perlu sebegitu? Kenapa tuhan tak mampu bekerjasama dalam mentadbir alam? Bukankah tuhan ialah entiti yang mulia dan suci dari segala keburukan dan kelemahan? Tiada sebab kenapa dua (atau tiga, atau empat, atau sejuta) tuhan yang sempurna tidak mampu wujud di dalam sebuah sistem yang harmoni. Bahkan ia seolah-olah menghina keagungan konsep tuhan untuk membayangkan yang mereka merupakan entiti yang berkecenderungan untuk bergaduh dan bertelingkah seperti mana kita manusia.

Jangan ambil contoh kelompok tuhan-tuhan yang wujud di dalam mitos-mitos yang lain untuk membuktikan yang kalau tuhan itu ramai, maka keharmonian adalah mustahil, sebab mereka memang dimodelkan dari manusia. Fikir tentang Allah sendiri, yang Muslim fikir bebas daripada segala kelemahan. Dan cuba bayangkan Allah yang kedua, serupa, tapi asing daripada yang pertama. Sekarang beritahu aku kenapa dua kesempurnaan ini tak berkebolehan untuk hidup dalam harmoni.

Maka jika engkau gagal (untuk mendatangkan sebab), maka ketahuilah, bahawasanya tuhan berkemampuan untuk wujud (dengan harmoni) walau apapun bilangannya. (Al-Mulhidun 6:66)

Ayat terakhir tu bukan tu dari mana-mana kitab.

5 comments:

  1. Ayat terakhir tu memang tak boleh blah.. haha

    ReplyDelete
  2. LOL 6:66 nombor ayat suci setan.. haha

    ReplyDelete
  3. oh. aku share view aku, kenapa aku rasa Tuhan itu satu.

    utk disembah, Tuhan itu perlu Perfect, atau Maha Kesempurnaan.

    Antara kesempurnaan yang perlu ada ialah, kekuasaan dia perlu bersifat infinite dan boundless.

    Kalau ada 2 Tuhan, kekuasaan each Tuhan adalah bounded pada kekuasaan masing2. 2 premise occur:-
    1. Tuhan lagi satu tidak boleh mempengaruhi kekuasaan satu lagi, -- dia tak total perfect dan wujud weakness tu.

    2. Tuhan lagi satu mempengaruhi kekuasaan satu lagi. - premise ni pula implicate that kekuasaan Tuhan itu boleh diinfluence oleh lain, maka itu pun satu weakness.

    3. Premis Tuhan bekerjasama = maka each kekuasaan tu bounded dan bergantung satu sama lain, infinite dan boundless tu dah takde.

    maka, itu lah view aku kenapa Tuhan yg disembah itu, bilangan dia satu je.

    sekian.

    ReplyDelete
  4. Firdaus M:

    [utk disembah, Tuhan itu perlu Perfect, atau Maha Kesempurnaan.]

    1. Kesempurnaan bukan syarat yang dipersetujui bagi melayakkan sesuatu tuhan untuk disembah. Ini mungkin pendapat kau, tapi bukan pendapat umum, melihatkan kepada orang Greek kuno, Norse kuno dan Hindu, sebagai contoh, yang menyifatkan tuhan2 mereka seperti diri mereka sendiri, penuh dengan ragam yang sangat manusia (human). Tapi itu tak menghalang mereka menyembah tuhan2 mereka.

    2. Mempunyai infinity ≠ mempunyai perfection. Allah mungkin infinite, tapi dia tak sempurna jika dinilai kelakuannya. Satu contoh kecil: Dia mempunyai sifat yang sangat manusia dan remeh, iaitu cemburu (http://sunnah.com/muslim/19/21).

    3. Menurut syarat yang kau tetapkan, iaitu kesempurnaan, Allah sendiri tak layak untuk disembah.

    ReplyDelete