Thursday, 22 August 2013

Talian hayat yang dibazirkan



Dinilai secara jujur, Qur’an sebenarnya mengandungi banyak perkara yang tidak membawa manfaat. Aku sebut lima jenis ayat-ayat yang tak membawa manfaat. Pertama, huruf-huruf pada awal sesetengah surah yang ulama’ sendiri tidak mengetahui apa maksudnya seperti alif lam mim, alif lam ra, dll. Kalau dibaca di dalam Qur’an terjemahan, kau akan jumpa komentar sebegini: Hanya Allah yang tahu maksudnya. Kedua, ayat-ayat penyaksian. Demi matahari, demi bintang, demi buah tin dan zaitun, dll. Ketiga, ayat-ayat yang jika diambil maknanya secara literal bertentangan terus dengan fakta, seperti penciptaan bumi dalam 6 hari, meteor digunakan untuk merejam syaitan, Allah beristiwa (bersemayam, duduk) di atas Arash, dll. Keempat, pujian Allah terhadap diri sendiri. Sebagai pencipta alam, bukankah Allah sendiri yang patut paling tahu yang “action speaks louder than words”? Kelima, ayat-ayat yang diulang-ulang seperti dalam Ar-Rahman dan Al-Mursalat. Aku pasti banyak lagi contoh yang boleh diberi.


Kalau kau merupakan seorang pencipta yang mempunyai talian terakhir untuk memberikan arahan yang paling lengkap yang boleh engkau sampaikan kepada ciptaan engkau sebelum talian itu terputus, apa yang akan engkau sampaikan? Engkau tahu yang ciptaan engkau akan menghadapi banyak dan sesetengah daripada mereka akan berpaling kepada wahyu kau untuk petunjuk. Patutkah engkau muatkan satu-satunya manual, yang sah dan wajib dipegang oleh setiap individu dan yang akan menjadi panduan hidup manusia sehingga ke pengakhiran dunia, dengan perkara-perkara yang tidak berguna?

Gambar: http://kgi.org/sites/default/files/checklist.jpg

5 comments:

  1. good point bro.. Contoh analogi situasi:

    "Seorang ayah kena langgar kereta dan nyawanya tinggal beberapa minit sahaja lagi. Maka dia berkata kepada anaknya ada maklumat PENTING dia hendak sampaikan.

    Walaupun sedih anaknya itu tetap memasang telinga mendengar wasiat terakhir ayahnya.

    Ayah: Uh Eeh Uh Ah Ah Ting Tang Walla Walla Bing Bang!

    Anak: Apa maksudnya tu ayah..

    Jawab si ayah dengan nafas yg terakhir: HANYA AKU JE YANG TAU MAKSUDNYA..LOL

    "what the f..." jawab anak dalam hati sambil menyaksikan ayahnya pergi buat selama-lamanya.

    ReplyDelete
  2. Saje bagi senggama minda.. haha

    ReplyDelete
  3. Uh Eeh Uh Ah Ah Ting Tang Walla Walla Bing Bang?
    sejujurnya ni lawak haa!

    ReplyDelete