Kepercayaan itu perlu dikemaskini, kalau tak, orang akan kekal bodoh. Kepercayaan awal dibina sama ada melalui penekaan ataupun melalui bukti. Penekaan boleh salah. Contohnya dulu aku fikir yang bayi lahir ikut pusat. Lepas belajar sains baru aku tahu yang bayi lahir ikut faraj. Aku ubah kepercayaan aku, dan aku jadi lagi pandai, atau kepercayaan aku lebih dekat dalam mencerminkan realiti alam ni. Bukti pulak kadang-kadang tak lengkap. Orang perhatikan sekelilingnya sehingga ke ufuk (horizon), dan datang kepada konklusi yang bumi itu leper. Takpe, dimaafkan. Tapi bila dah dibuktikan yang bumi itu sfera, maka kepercayaan perlu dikemaskinikan. Takde faedah mempercayai yang bumi itu leper sedangkan bukti menunjukkan yang sebaliknya.
Kewujudan atau ketidakwujudan tuhan juga ialah satu fakta berkaitan dengan realiti. Maka ada orang yang betul dalam gambaran (conception) realitinya dan ada orang yang salah. Di sini, pengemaskinian kepercayaan juga boleh dibuat. Tak kisahlah sama ada nak keluar dari satu agama dan jadi tak beragama, atau pindah dari satu agama ke agama yang lain. Perpindahan ni boleh dipanggil kemurtadan. Bila seorang itu dah lihat bukti dan merasakan yang ia cukup untuk mengubah pendirian akidah mereka, maka benarkan je la. Kalaulah disekat kebolehan untuk mengemaskini kepercayaan berkenaan dengan tuhan, macam mana engkau fikir yang orang mahu mempunyai gambaran realiti yang lebih tepat?
Aku boleh faham kemahuan untuk mencegah kemurtadan. "Dia dah betul dah, buat apa nak keluar pulak?" Tapi bukan satu agama je yang fikir benda ni. Semua agama pun yakin tentang kebenarannya sendiri. Kalau semua agama guna polisi anti-murtad ini, takkan ada perpindahan manusia daripada kesesatan kepada kebenaran. Kalau nak benarkan Islam je yang guna polisi ini, apa justifikasinya? Yang Malaysia ialah negara majoriti Muslim, maka Islam je yang boleh monopoli polisi ni? Camne pulak kalau polisi yang sama digunakan kat negara yang majoriti bukan Islam, orang Islam mesti tak suka punya. Last sekali, takkanlah orang terpaksa berpindah negara hanya untuk murtad, sedangkan dia sendiri tak memilih agama awalnya. Kebanyakannya dididik dari kecil dengan sesuatu agama.
Atas sebab itu, biarkan je la orang murtad. Dan kalau Islam itu agama yang benar, maka nak takut apa?
No comments:
Post a Comment