Monday, 3 November 2014

Dilema Euthyphro

Dalam sebuah dialog Plato bernama Euthyphro, Socrates menemui Euthyphro di luar mahkamah. Socrates sendiri sedang berada dalam masalah kerana dituduh rosak akidah dan cuba merosakkan minda para pemuda Athens. Euthyphro pula telah datang untuk mendakwa ayahnya yang telah menyebabkan kematian salah seorang pekerja Euthyphro dengan mengikat lelaki tersebut dan meninggalkannya di dalam sebatang parit. Pekerja tersebut telah diperlakukan sedemikian kerana dia telah membunuh seorang hamba Euthyphro ekoran satu pergaduhan, ketika mana dia sedang mabuk.
Euthyphro yang merupakan seorang yang sangat terkenal bagi keilmuannya dalam agama, begitu yakin yang apa yang sedang dia lakukan adalah benar. Socrates pula yang begitu terkenal dengan tabiat mempersoalkan segalanya, meletakkan keyakinan ini dalam keraguan. Pendek kata, perbincangan mereka dapat dirumuskan dalam persoalan yang berikut:

Adakah sesuatu itu baik kerana tuhan menyuruhnya?
Ataupun adakah tuhan menyuruh sesuatu kerana sesuatu itu baik?

Jika kenyataan pertama benar, maka apa-apa yang disuruh oleh tuhan boleh jadi baik (seperti menyembelih anak sendiri dalam kes nabi Ibrahim) dan perkataan baik itu tidak membawa apa-apa makna melainkan yang ianya adalah diperintahkan oleh tuhan. Jika kenyataan yang kedua benar, maka tuhan bukanlah yang menetapkan apa itu baik atau buruk, tapi hanya sekadar penyuruh kepada kebaikan dan pencegah kepada keburukan. Dalam erti kata lain, tuhan bukanlah sumber moraliti dan moraliti ditetapkan oleh sesuatu yang diluar kekuasaan tuhan dan tuhan sendiri terpaksa berpegang kepada standard moraliti ini.

Kesimpulannya, untuk moraliti mempunyai apa-apa nilai, ia tak boleh datang daripada ketentuan tuhan.

2 comments:

  1. hmm..menarik jugak ye..tapi nak tahu jugak lah kan..contohnye kalau awak sakit, then awak akan makan ubat yang awak tahu untuk jenis penyakit awak ke or tanye doktor/farmasi?? wahh hebat la kan kalau tak de ilmu perubatan then end up bli ubat sendiri, telan then terus sihat..kalau macam tu tak payah lah ade doktor or farmasi kat dunia..bleh buat ubat sendiri, operation sendiri kat umah, means kalau tak belajar pon bleh tahulah,..hmm..please jawab??sye tgh keliru ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum aku jawab, aku nak cuba untuk faham dari sudut mana kau datang. So, soalan aku ialah, kenapa bandingkan dengan doktor? Kau nak maksudkan yang moraliti tu perlu dipandu oleh tuhan ke? Kalau takde panduan tuhan, maka manusia takkan tahu macam mana nak buat baik? Kiranya, tuhan ialah pakar dalam bidang moraliti, sebagaimana doktor ialah pakar dalam bidang perubatan?

      Delete