Sunday, 9 November 2014

Dicipta daripada api?

Api ialah satu proses, bukan bahan. Iblis menyebut dalam Qur'an tentang penciptaan dirinya dan Adam, mengatakan yang dia tak sepatutnya sujud kepada Adam kerana dia dicipta daripada api, sedangkan Adam dicipta daripada tanah. Di sini, kita dapat lihat yang ada perbandingan jelas dibuat berkenaan dengan bahan yang digunakan untuk mencipta. Adam, bahannya tanah. Iblis, bahannya api.

Kita tahu yang tanah itu bukan proses. Tanah ialah bahan. Memang jelas. Jadi, jika mahu dikatakan yang Iblis sedang merujuk kepada proses dalam kedua-dua kes, maka ini tak betul. Kita juga tahu yang orang pada masa silam mempercayai yang segalanya terbina oleh lima unsur: air, angin, api, tanah dan aether. Api dahulunya dilihat sebagai bahan. Pada hari ini kita faham yang api bukannya bahan, tapi satu proses oksidasi pantas yang membebaskan haba dan cahaya.

Terdapat banyak reaksi kimia seperti proses larutan, proses pengendapan, proses asid-alkali, dan lain-lain. Kalau kita gantikan nama proses-proses ini pada tempat yang disebut "api" di dalam Qur'an, kita dapat lihat betapa tidak masuk akalnya apa yang disebut oleh Iblis, mengetahui yang dia sedang membicarakan tentang bahan. Ayat-ayat Qur'an mencerminkan pengetahuan para pengarang Qur'an. Jelas bahawa para pengarang Qur'an tidak memahami hakikat api.

Oleh sebab sesuatu itu tidak boleh dicipta daripada proses (tapi boleh melaluinya), maka kita boleh rumuskan yang syaitan dan jin itu tidak wujud.

2 comments:

  1. assalamm jika kamu masih mengaku diri kamu seorang muslim..saya pun tertanya juga, bagaimana beruk boleh dikaitkan dengan kejadian manusia??bagaimana daripada tak boleh bercakap, dan tidak berakal, boleh menghasilkan para ilmuwan yang hebat2 pada hari ini??dan bagaimana pula dengan beruk2 yang berada di zoo dan hutan?? adakah mereka juga sepupu-sepapat kita??owh silap, sepupu-sepapat kamu?? Jika ya, mengapa mereka masih berkeadaan begitu??mengapa mereka tidak berkelakuan dan berfikir sebagaimana manusia berfikir?? Saya cukup keliru..silakan menjawab ye sebab saya sangat berminat untuk mengetahui hujah dan bukti2 sains awak yang sangat agung tu..tq :)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Aku murtad, bukan Islam.

    [bagaimana beruk boleh dikaitkan dengan kejadian manusia??]

    Beruk boleh dikaitkan dengan kejadian manusia seperti mana seseorang boleh dikaitkan dengan sepupunya, iaitu melalui nenek dan datuk yang sama.

    [bagaimana daripada tak boleh bercakap, dan tidak berakal, boleh menghasilkan para ilmuwan yang hebat2 pada hari ini??]

    Mekanisme yang teliti macam mana manusia boleh mula berbahasa masih tak diketahui secara tepat. Ada saintis mengutarakan yang keperluan berbahasa bermula bila manusia perlu mewariskan ilmu pembuatan alatan memburu daripada bapa kepada anak. Ada yang berspekulasi yang melalui pengambilan psychedelics, manusia kuno mula mengaitkan konsep-konsep abstrak dengan bunyi yang dikeluarkan oleh mulut. Ada banyak spekulasi, tapi masih takde persetujuan. Apa-apa pun mekanisme teliti dalam menerangkan kewujudan bahasa, apa yang kita pasti ialah mekanisme yang lebih asas terlibat dalam penghasilan kebanyakan ciri-ciri yang terdapat dalam spesies² hidupan hari ini, iaitu pemilihan semulajadi (natural selection). Pemilihan semulajadilah yang memberikan burung kebolehan untuk terbang, dolphin badan seakan-akan ikan (yang optimum untuk berenang), manusia dengan kebolehan inteleknya, dll.

    [dan bagaimana pula dengan beruk2 yang berada di zoo dan hutan?? adakah mereka juga sepupu-sepapat kita??owh silap, sepupu-sepapat kamu?? ]

    Betul. Sepupu-sepapat kita.

    [Jika ya, mengapa mereka masih berkeadaan begitu?? mengapa mereka tidak berkelakuan dan berfikir sebagaimana manusia berfikir??]

    Masih. Ini satu salah faham. Bila kau tanya "masih", kau buat andaian yang kalau evolusi itu betul, maka semua beruk akan berubah menjadi manusia, dan tiada beruk lagi yang akan wujud. Ini andaian yang salah. Evolusi itu betul, tapi beruk tetap tak berubah kepada manusia. Kenapa? Satunya ialah, persekitaran tak memaksa spesies mereka untuk berubah. Sebab itu tiada tekanan untuk memilih ciri-ciri baru. Kedua, kalau pun tekanan untuk berubah itu wujud, kita tak boleh kata dengan pasti yang mereka akan berubah menjadi seperti manusia.

    Sebab kita kena ingat yang pemilihan semulajadi memilih baka yang menyebabkan keturunan sesuatu spesis itu untuk mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk survive dan melahirkan lebih banyak anak. Pemilihan semulajadi tidak secara automatik memilih baka yang akan menjadikan beruk seolah-olah macam manusia, sebab ini tak memberikan jaminan yang keturunan yang lahir akan mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk survive dan melahirkan lebih banyak anak. Satu contoh konkret: Dalam hutan di mana makanan hanya terdapat kat atas pokok-pokok yang sangat tinggi, lebih baik sesuatu spesies itu untuk mempunyai individu-individu yang boleh bergayut dengan baik menggunakan tangan dan kaki, daripada ia mempunyai individu-individu yang boleh pegang pensil dan tulis buku.

    ReplyDelete