Sunday, 12 March 2017

Kelembaban progres moral masyarakat Muslim

Aku bukan tak percaya yang Muslim mempunyai kebolehan untuk progres moral, tapi aku berpendapat yang Muslim akan sentiasa lambat satu langkah kerana masalah tambahan yang mereka perlu selesaikan dalam apa-apa persoalan moraliti. Corak tindakan yang biasa diperhatikan ialah ini: Masyarakat sekular membuat sesuatu inovasi yang tidak dibenarkan atau luar dari kebiasaan ijmak/konsensus masyarakat Muslim. Inovasi tersebut membawa manfaat yang besar terhadap kemajuan moraliti manusia. Masyarakat Muslim memerhatikan dan mengakui kebermanfaatan inovasi tersebut. Wahyu diberikan interpretasi baru bagi membenarkan penyekalian inovasi tersebut di dalam senarai perbuatan yang harus/halal dilakukan oleh seorang Muslim.
Kalau kau lihat, seorang Muslim biasanya akan selesa dengan keadaan sekarangnya. Baginya, jika dia telah memenuhi senarai perkara wajib yang perlu dia lakukan (ditambah dengan perkara sunat bagi menampung kekurangan dalam perlaksanaan amalan wajibnya), maka dia sudah pun seorang yang baik. Inovasi adalah menakutkan, kerana ia adalah kawasan yang belum diterokai oleh para ulama dan diberi cop halal atau harus. Tanpa lampu hijau* ini, mereka lebih yakin untuk tidak memikirkan tentang isu-isu ini. Kerana kalau mereka pandai-pandai, dan mereka salah, maka mereka takut kemurkaan dari Allah. Dan aku boleh faham kenapa. Allah ialah sumber bahaya yang sangat benar. Lebih baik dengan pastinya menjadi seorang yang kurang baik daripada potensi penuh, daripada menerokai sepenuhnya potensi dalam menjadi seorang yang baik, dengan risiko yang kau mungkin salah. Mengambil risiko untuk salah ini ialah menakutkan, sebab kalau kau salah, maka balasannya sangat berat**. Bagi aku, ketakutan inilah yang menjadikan Muslim bukan perintis dalam progres moral dan hanya akan jadi peniru. Anti(!)-penghambaan, kesamarataan ras, kesamarataan jantina, gerakan ekologi, veganisme. Semua ini tidak dirintis oleh Muslim. Tapi apabila jelas manfaatnya, maka masyarakat Muslim akan terhegeh-hegeh menginterpretasi semula wahyu mereka.
* Nak jilat faraj isteri pun nak kena tanya ustaz.
** Ada pengecualian, iaitu bagi para mujtahid. Jika seorang mujtahid "betul"*** maka dia mendapat dua ganjaran, dan kalau salah, satu. Dalam aspek ini, Islam agak elitis. Seorang biasa jangan memandai-mandai.
*** Betul atau salah dalam isu moraliti ialah satu topik yang panjang. Mungkin aku akan tulis tentangnya pada masa depan.

5 comments:

  1. Salam bro sorry lari tajuk cuma nak tanya.pasal kepercayaan kau dgn alam ghaib macam mana cth ilmu hitam santau dan sbgainya sorry mcm takde kene mengena dgn entri ni.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Takde hal. Aku tak percaya perkara ghaib macam hantu, jin dan syaitan. Penyakit santau tu bukannya sebab jin, tapi sebab penyakit mental.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak bertanya lagi tapi ade ke cara nak berhubung ke fb ke. masih confused mncari kebenaran sorry.

      Delete
  3. Boleh. https://www.facebook.com/mulhid.melayu. Add je.

    ReplyDelete
  4. Saudara Mulhid. Jemout baca tulisan saya mencabar kebenaran atheism di https://sder-ghazali.blogspot.com/
    saya ingin mencari kebenaran, antara Islam dan atheism, yang mana paling benar? Amat hargai hujjah saudara.

    ReplyDelete