Monday, 10 April 2017

Kebenaran berkongkek semula

Bila graduate dari sekolah menengah kami, seorang lepasan SPM sepatutnya telah menghafal sekurang-kurangnya tiga juzu' terakhir Qur'an. Atas sebab itu, aku hafal tiga juzu' ni sampai hari ini. Walaupun sekarang dah agak lupa, terutamanya surah-surah dari juzu' 28 dan 29, mengingat semula agak senang sebab dulunya dah selalu sangat baca. Masa aku tingkatan 2, Mishari Rashid Al-Afasi tengah baru mula nak famous. Kat dalam keluarga kami sendiri, abang akulah yang memperkenalkan Mishari. Abang aku secara spesifiknya mengcopy juzu' 28 dan selalu memainkannya di rumah aku menggunakan loudspeaker. Mungkin untuk membantu hafalan dia sendiri. Setiap kali abang aku mula mainkan juzu' 28, surah pertama yang akan didengari ialah surah al-Mujadalah. Merdu bacaan Mishari. Rasa sebak pun ada bila dengar bacaan dia. Selalu sangat aku dengar bacaan Mishari ni sampai aku boleh tiru setiap note daripada ayat pertama surah al-Mujadalah satu per satu (walaupun dengan suara yang tak semerdu).

Tapi bila merenung betul-betul ayat satu hingga empat surah al-Mujadalah ini, Allah/Muhammad tengah cakap pasal sesuatu yang sangat pelik, iaitu tentang tradisi orang Arab yang dipanggil zihar. Zihar ini ialah apabila seorang lelaki mencela isterinya dengan menyamakan isterinya dengan ibu kandungnya, atau secara lebih amnya dengan mana-mana wanita mahramnya. Orang Melayu mungkin tak boleh bayang benda ni, sebab benda ni memang budaya orang Arab pra-Islam. Dia lebih kurang macam cakap: "Aku nak kongkek engkau sebagaimana aku kongkek mak aku" (yakni, takde kemahuan langsung). Dalam surah al-Mujadalah diterangkan tentang akibat melakukan zihar dan bagaimana untuk mengatasi akibat ini. Apabila telah melakukan zihar, seorang suami tidak dibenarkan mengkongkek isterinya melainkan setelah dia membebaskan hamba. Jika dia tidak mampu dia perlu berpuasa 2 bulan berturut-turut. Jika dia tidak mampu jugak, maka dia perlu memberi makan kepada 60 orang miskin.

Jadi, aku agak kelakar bila aku baca satu artikel pasal seorang perempuan agnostik kemudian menjadi Islam kerana dia tertarik (antara lainnya) dengan keindahan bacaan Qur'an, sedangkan Qur'an ialah campuran segala macam mesej. Antara mesej yang mungkin mendatangkan air mata kepada mereka yang tidak memahami bahasa Arab ialah bagaimana mahu berkongkek dengan isteri setelah terlanjur kata.

3 comments:

  1. Child abuse will not happen again if all governments and all authorities started to force people to stop pregnancy etc. Agama Islam tu sendiri bersifat menghina manusia dan saya rasa terhina bila tau mak saya dah banyak kali sujud kenakan dahi sampai ke lantai dengan rasa takut dan saya sejujurnya tak suka mak saya rasa takut pada sesuatu yang tak kelihatan depan mata sebab selalunya ramai takkan beli kereta bila tiada kereta di depan mata tapi ramai percaya adanya neraka bila tiada neraka di depan mata dan sepatutnya hanya tuhan atau tuhan-tuhan sahaja yang kata adanya tuhan atau tuhan-tuhan kepada manusia kalau betul adanya tuhan atau tuhan-tuhan dan ramai pendakwah Islam kata Dia perintahkan malaikat dengan sepantas kelipan mata untuk selamatkan Nabi Yusuf dari terjatuh termasuk awan yang diperintahkan-Nya untuk melindungi Nabi Muhammad dari sinaran matahari yang panas terik tapi malangnya secara ketaranya iaitu obviously Dia dah terlalu banyak kali tak perintahkan malaikat untuk halang terlalu ramai budak perempuan bawah umur dari didera, dicabul, dirogol, diliwat, diculik, ditengking, dimarahi, dikutuk, dihina, dicampak, ditelanjangkan, disimbah dengan air panas, dilemaskan, dicekik, dimalukan, diaibkan, dipergunakan, diperalatkan, dijual, dikahwinkan, dilacurkan, dipukul, ditumbuk, ditendang, ditampar, disebat, disimbah asid, dibutakan, dikudungkan, dirotan, ditindas, diikat, ditempeleng, diterajang, dibuli, disakiti, diseksa, dijemur di tengah panas, dilecurkan, ditakutkan, dipulaukan, dihalau, merempat, bergelandangan, diabaikan, ditinggalkan, disusahkan, diganggu, diuji, dipaksa, dicacatkan, dilumpuhkan, dibakar, ditikam, dipenggal, dibunuh, termasuk terlalu banyak kucing yang telah didera dengan banyak jenis cara termasuk diseksa dengan simbahan minyak panas, tapi apapun sekurangnya saya tau lebih baik jika tiada semua, dan walaubagaimanapun sekurangnya saya tau apa saya nak walau saya takkan dapat apa saya nak, iaitu lagi bagus kalau ada telefon yang boleh padam tuhan atau tuhan-tuhan dan semua, tapi tu pun kalau ada tuhan atau tuhan-tuhan, ya, more convenient if all gone, lebih baik jika tiada semua, lagi bagus kalau ada telefon yang boleh padam semua, dan kalau betul nanti saya dimasukkan ke syurga untuk dapatkan apa sahaja yang saya nak, maka tiada siapa sebenarnya yang dapat halang tuhan atau tuhan-tuhan untuk bagi saya telefon yang boleh dapat padam tuhan, tuhan-tuhan, dan semua, tapi apapun hukuman mati adalah jenayah pembunuhan yang juga boleh didakwa sebagai ugutan bunuh, dan apapun, pertubuhan antarabangsa seperti Amnesty telah berjaya berkempen selama hanya 40 tahun sahaja sehingga menyebabkan negara Norway dan negara Portugal termasuk lebih 100 negara yang lain tiada hukuman mati kecuali Malaysia, manakala ICERD telah diterima oleh negara Arab Saudi sebab negara Arab Saudi tidak bersifat perkauman iaitu tidak racist tapi ICERD masih tak diterima oleh negara Malaysia sebab negara Malaysia masih bersifat perkauman iaitu masih lagi racist dan, atau sebagainya. Blasphemy is not a crime and blasphemy is human rights. Death penalty is murder crime. Just because animals are still unable to say do not kill me for food but it does not mean people have rights to kill animals for food because all animals have rights to live safely and freely without getting killed for food et cetera freedom to confess publicly or privately free. School textbook of Islam in Malaysia has death threat for those who want to leave Islam even death threat is crime in Malaysia etc. Those who value permission would never be pregnant because any child was unable to give permission in order to be born or not. Sex without permission is crime. Pregnant without permission is crime. Being pregnant should be criminalized because many felt like born without consent. There is no sweet taste of a cup of tea if there is no sugar as there is no human if there is no sperm so any dad had done something that was gay as they had tasted their wife through kissing and then perhaps anybody could say something like that to anyone who is still homophobic.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Saudara, saya sangat meyakini bahawa Pencipta itu wujud dan sangat berminat untuk berdebat dengan mana-mana atheist bagi menguji samada keyakinan saya itu benar-benar benar atau sebaliknya. Jika saudara berminat untuk bersoaljawab, boleh kita saling berhubung?

    ReplyDelete