Sunday 27 October 2013

Ada apa dengan pengharaman muzik?

Muzik, inilah titik kelemahan di dalam keimanan aku sewaktu aku masih Muslim. Jika ada satu larangan Allah yang paling selalu aku langgar sambil menikmatinya, ianya adalah muzik. Aku perlu akui yang aku sangat-sangat menyukai muzik. Bahkan, aku mencintai muzik. Ia adalah passion aku. Bagi aku, muzik antara perkara yang menjadikan hidup ini berbaloi. Tapi dulu, sebagai seorang Muslim, aku juga mencintai Allah. Oleh sebab itu, dua cinta bertembung: Satunya cinta kepada Allah, satu lagi ialah cinta kepada muzik. Kalau engkau tengok episod muhasabah dan taubat aku berkaitan dengan muzik ini, memang lucu.

Seperti yang pernah aku ceritakan di dalam satu post sebelum ini, keluarga aku mengalami peralihan dalam mengikuti agama Islam. Mak ayah aku dulunya tidak membenarkan langsung untuk mendengar lagu di radio. Maka aku membesar dengan mendengar nasyid dan muzik latar di dalam filem. Sewaktu kecil, aku tak pernah mempersoalkan keanehan polisi ini. Sekarang bila memikirkannya, apa bezanya jika aku mendengar lagu "The Circle of Life" dan "Can You Feel the Love Tonight" di dalam filem Lion King berbanding dengan mendengarnya di radio?

Kemudian apabila aku mencecah umur lebih kurang 13 tahun, aku mula mendengar lagu di radio. Lebih tepat lagi di Walkman yang dibeli oleh kakak aku. Aku sering berpendapat yang kakak aku ialah seorang yang paling rendah sekali tahap keimanannya dalam kalangan adik-beradik kami, kerana antara lainnya, dialah yang paling tidak segan silu untuk mendengar lagu. Sorry Kakak, kalau Kakak baca ni. Pada waktu itu, polisi “tiada muzik kafir” tidak lagi seketat ketika aku masih kecil. Tapi aku masih lagi berhati-hati supaya tidak nampak begitu asyik apabila mendengar lagu. Bagi remaja yang lahir pada awal 90-an, pada umur ini, lagu-lagu hit pada waktu itu ialah seperti Perfect – Simple Plan, Unwell – Matchbox Twenty, Here Without You – 3 Doors Down dan tidak boleh dilupakan, album yang (pada pendapat aku) terbaik oleh Linkin Park iaitu Meteora. Pada masa yang sama, lebih tepat lagi antara akhir 2002 dan 2003, aku menonton dua filem terakhir bagi trilogi the Lord of the Rings. Muzik di dalam filem-filem tersebut betul-betul membuatkan penghargaan muzik aku meningkat ke tahap yang baru. Selain daripada itu, aku juga pernah membeli alat muzik, dan menghabiskan berjam-jam setiap hari untuk berlatih.

Tapi suatu ketika, apabila aku mula mengambil isu keimanan dengan sangat serius, aku mula mendedahkan diri aku kepada bacaan dan kajian sendiri berkenaan dengan Islam dan cara hidup Nabi. Apabila aku melihat nas-nas serta perbahasan yang di lakukan oleh ulama’, aku akhirnya datang kepada konklusi yang muzik itu adalah haram. Aku dengan sedikit teragak-agak membuang alat muzik yang aku beli, serta mendelete segala fail muzik di dalam komputer sehingga apa yang tinggal ialah bacaan Qur'an lengkap oleh beberapa imam yang terkenal; Abdul Rahman al-Sudais, Sa'ad Said Al-Ghamidi, Mishari Rashid Al-Afasy. Tapi setelah beberapa hari, aku mula perlahan-lahan mendengar semula muzik (tapi alat muzik yang telah dibuang itu tidak dapat diselamatkan lah). Kitaran mendengar, berhenti mendengar dan bertaubat, kemudian kembali mendengar ini berlaku beberapa kali dalam hidup aku sebagai seorang Muslim.

Sebagai seorang yang munasabah, apa sangatlah untuk tidak mendengar muzik selama 72 tahun (jangka hayat purata seorang lelaki Malaysia) di atas muka bumi ini berbanding dengan keredhaan Allah yang selama-lamanya? Tambahan pula, di syurga, segala yang kita hajatkan boleh ditunaikan dengan begitu mudah, termasuklah kemahuan untuk menikmati muzik. Jika mahu dinilai dengan logik, memang langkah yang paling waras ialah untuk mengorbankan sedikit kenikmatan dunia ini untuk nikmat akhirat yang berpanjangan. Tapi tak dapat dinafikan, muzik ialah sesuatu yang tanpanya aku akan sangat sukar untuk hidup, sehingga aku bertekad pada satu hari yang apabila aku akhirnya bertemu dengan Allah di akhirat kelak, aku akan terpaksa meminta maaf di atas perbuatan aku yang agak mementingkan diri sendiri ini.

Kalau engkau Muslim, dan engkau kisah tentang mentaati Allah dan Rasulnya, serta engkau beriman kepada Qur'an dan Hadis, engkau akan ambil isu muzik dengan serius. Cuba engkau lihat sendiri dan nilai segala dalil-dalil yang berkaitan dengan muzik. Engkau akan dapati yang memang secara jelasnya, atitud para Salafussoleh terhadap muzik ialah ianya merupakan sesuatu yang secara mutlaknya haram, melainkan dalam situasi-situasi yang spesifik, seperti pada masa pernikahan dan hari perayaan. Dan dalam kes-kes yang ia diharuskan pun, ianya hanya boleh dilakukan oleh kanak-kanak perempuan. Persetankanlah khilaf. Tanya diri engkau secara jujur, adakah engkau rela untuk meninggalkan kenikmatan yang sedikit ini untuk keredhaan Allah yang lebih tinggi? Atau engkau akan memberi alasan dengan mengatakan yang: "Mustahil yang Islam mengharamkan muzik. Lihat, ulama‘ sendiri tidak bersepakat dalam hal ini. Maka, aku akan mengambil pendapat yang lebih longgar."  Adakah keimanan dan kecintaan kepada Allah ataupun nafsu yang mendorong engkau untuk mengambil satu pendapat di atas pendapat yang lain? Tepuk dada, tanya iman.

Aku lihat pengharaman muzik di dalam Islam ini sebagai cara untuk melepaskan diri daripada kecintaan dunia dan memfokuskan diri kepada perkara-perkara yang lebih penting untuk mendekatkan diri kepada Allah. Akhirnya, ia adalah cubaan Muhammad dalam memberikan identiti kepada spiritualiti Islam. Di sana, ada satu kenyataan yang mahu disampaikan: "Inilah kami. Kami adalah Muslim. Dan kami tidak memerlukan sesuatu yang begitu remeh seperti muzik untuk membenarkan kami hidup dalam ketenangan. Qur’an dan zikir dan kata-kata baik sudah indah dan bermakna bagi telinga kami, sedang muzik hanyalah bunyi-bunyian kosong yang tidak bermakna dan hanya melalaikan kami daripada mengingati tuhan kami".

Banyak daripada pendapat Muhammad berkenaan dengan perkara-perkara yang terdapat di dunia ini adalah salah dan berpunca daripada kejahilan ataupun prejudis. Sebab itu kita boleh lihat yang dia mengeluarkan kata-kata yang jahil seperti anjing hitam itu ialah syaitan[1], yang pendebungaan antara pohon-pohon tamar yang berlainan itu tidak membawa manfaat[2], dan berkaitan dengan perbincangan kita ini, yang muzik itu ialah sesuatu yang negatif (secara tidak langsung melalui pengharamannya). Tapi sudah tentulah dia salah. Muzik dan spiritualiti ialah sesuatu yang sangat dekat, kerana muzik mempunyai kebolehan untuk mempengaruhi psikologi manusia dengan cara yang memberikan inspirasi kepada seseorang seperti yang dapat dialami melalui ritual agama, meditasi dan pemerhatian alam. Dalam banyak budaya, daripada Kristianiti kepada Sufism, muzik ialah sesuatu yang berkait dengan apa yang mereka definisikan sebagai spiritualiti.


Sebagai penutup, aku mahu berkongsi dengan engkau lagu yang menceritakan tentang keberkaitan alam semesta dengan kita. Apabila aku duduk berseorangan di waktu malam, ketika badan-badan langit menampakkan diri mereka, dan aku dengar lagu ini, ia memberikan aku perasaan takjub dan kagum yang tak pernah aku rasai jika aku membaca Qur’an. Heh, surah Ar-Rahman bagaikan pantun dua kerat jika mahu dibandingkan dengan karya agung ini:



"The beauty of the living thing is not the atoms that go into it, but the way those atoms are put together... The cosmos is also within us, we're made of star stuff. We are a way for the cosmos to know itself."
-Carl Sagan-


12 comments:

  1. Ya.. Jika berjalan mengikut cara Islam fundamentalist, memang semua lagu2 lebih2 lagi lagu dari barat adalah dikutuk.

    Muslim modern cuba memberi wajah baru kepada hukum mendengar lagu, dengan mengatakan ia harus jika tidak melalaikan (lagha).

    Para sufism pula menjadikan musik sebagai sama'a mereka dan medium mendekati diri kepada Diri yang sejati.

    Jika seorang manusia itu benar2 jujur pada diri sendiri, tentu tahu yang muzik adalah sebahagian dari apa yg menjadikan manusia itu manusia.

    PS: Carl Sagan adalah 'pemuzik' minda yang agung :)

    ReplyDelete
  2. Perokok mane yang boleh hidup tanpa rokok, tp realiti nye rokok i2 membahayakan kesihatan. Mane2 perokok pon acknowledge the fact.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Analogi ini tak sah untuk muzik, kerana rokok dibuktikan secara saintifik sebagai membahayakan kesihatan, sedangkan muzik tidak.

      Delete
  3. i2 contoh kesihatan la. konsepnya adalah ketagihan. Muzik menjadikan lalai Jadi bahanya muslim utk mengingati akhirat. Contoh lain adalah dadah, tiada justifikasi kpd seorang penhisap dadah utk hisap dadah, tetapi tindakan nya adalah berdasarkan kpd addiction kpd substance. Bagi aku, ujian kpd umat(no offence), adalah betapa kuat diri kau utk menahan diri drp melakukan aktiviti yang dilarang (yang terus menjadi tabiat). Seseorang sukar utk berhenti dr menghisap dadah mahupun rokok, shoping atau apa2 aktiviti kerana ia sudah menjadi tabiat (hard wired in brain). Untuk ahir zaman, ini adalah cabaran nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku boleh faham apa yang engkau cuba sampaikan. Last sekali, Allah boleh mengenakan apa2 pun ujian yang mahukan kepada hambanya, termasuk pengharaman muzik yang begitu menggoda. Ada banyak pengharaman yang kalau dilihat dalam konteks hari ini, ia tak membawa apa-apa manfaat seperti apa yang dirancang pada awalnya, akan tetapi masih lagi tidak berubah keharamannya, seperti pengharaman daging babi yang dulunya banyak mendatangkan penyakit, tapi hari ini daging babi adalah sangat selamat untuk dimakan, dan juga pengharaman khamar (yang secara ironinya membawa manfaat jika diminum secara sederhana). Seorang Muslim boleh menginterpretasi semua ini sebagai kehendak mutlak Tuhan yang mungkin rambang, tapi merupakan ketetapan yang dikenakan terhadap alam ini, hanya sebagai alat untuk menguji siapa yang kuat imannya dan siapa yang tidak. Jika dilihat sebegini, aku dulunya merupakan seorang yang fasik/munafik yang mungkin rendah darjatnya di sisi Allah berbanding dengan Mukmin yang lain yang mampu untuk menahan diri daripada mendengar muzik. Tapi akhirnya semua itu hanya masuk akal jika Allah itu benar-benar wujud. Dan bagi persoalan ini, tiada jawapan yang pasti.

      Delete
    2. Selain daripada itu (dan ini mungkin lari sedikit daripada topik), aku menilai kebarangkalian yang Islam itu benar melalui kemasukakalan syariatnya. Terdapat banyak sangat perkara yang tidak masuk akal di dalam syariat Islam. Aku boleh pilih untuk menggunakan pendekatan yang aku sebutkan tadi, iaitu aku melihat segala perintah2 yang tak masuk akal ini sebagai kehendak mutlak tuhan. Tapi pendekatan ini bermasalah apabila aku letakkan diri aku di dalam situasi mereka yang beragama lain, contohnya Yahudi, dengan kedahsyatan dan kekejaman tuhan di dalam kitab mereka serta keanehan dan kelecehan ibadah-ibadah mereka. Seperti Muslim, mereka (Yahudi) boleh juga menggunakan pendekatan yang sama untuk menilai perintah2 tuhan yang terdapat dalam agama mereka.

      Sekarang kita mempunyai dua agama yang sangat2 berlainan (walaupun secara genealogy begitu dekat), dan masing2 menggunakan pendekatan yang aku sebutkan. Hasilnya masing2 kekal di dalam agama mereka. Katakanlah satu antara dua agama ini ialah agama yang benar. Maka, secara anehnya, pendekatan ini akan menyelamatkan satu kelompok daripada neraka, tetapi dalam masa yang sama akan memastikan satu lagi kelompok akan berdegil di dalam kekafiran mereka dan menjerumuskan mereka ke dalam neraka.

      Oleh sebab itu, aku fikir yang jika adanya tuhan, dia tidak akan mengharapkan yang para hambanya akan menggunakan kaedah untuk "kekal dalam kebenaran" yang begitu bergantung kepada nasib ini.

      Delete
  4. Contoh pengharaman apa yg yang tak masuk akal? Bagi kau, keburukan babi i2 menjadikan babi i2 haram. Tapi bagi aku babi i2 diharamkan, kemudian baru kita lihat justifikasi. Mungkin dr segi pemakanan, babi i2 xberbahaya kpd kesihatan, tapi mcm mana pulak tentang waste management babi(contain heavy metal)?. Small consumption of alcoholic beverages mmg ade nilai kesihatan, tapi nak regulate bukan senang (keburukan spt memandu ketika mabuk dsb)

    ReplyDelete
  5. Ko keje dekat Netherland ke?

    ReplyDelete
  6. Aku perlu research untuk jawab komen kau, harap dapat tunggu.

    Tak, aku tak kerja kat Netherlands.

    ReplyDelete
  7. Bole kenal kita brkenal secara brdepan...DA jauh sgt kamu jelajah ..tak perlu kot... Makin baca makin kaji makin jauh kamu pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Tengku. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca blog aku. Kau boleh hantar mesej private kepada aku di Facebook kalau kau nak berkenalan. Secara jujurnya, aku pada masa ini tak berminat untuk satu perbualan dalam topik Islam dengan muzik. Maafkan kenaifan pendapat yang aku bentangkan kat dalam post ini berkaitan dengan apa yang seorang Muslim patut buat dalam isu muzik. Ini seolah-olah untuk mengatakan yang fahaman yang aku pegangi sebelum aku meninggalkan Islam ialah fahaman “paling Islam”. Aku sedari yang Islam itu terlalu bercabang dan pentafsiran AQ dan AS itu terlalu longgar yang menyebabkan tiada satu aliran yang boleh dikatakan benar-benar mengikuti sunnah Muhammad. Sebenarnya aku berniat untuk menarik balik pendapat aku dalam hal ini, tapi aku terlalu malas untuk menulis satu update. Tapi aku tetap pendirian yang Muhammad itu seorang yang jahil tentang kesejahteraan (well-being) manusia secara amnya, dan berkaitan dengan perbincangan kita, tentang kebaikan muzik secara spesifiknya – hanya kerana dia hanyalah manusia biasa yang terbatas oleh pengetahuan semasa dan tempatan.

      Delete