Manusia ialah perosak bumi yang terhebat. Tambahan pula, kita dah membiak dengan begitu banyak sehingga kesan kita terhadap bumi adalah terlalu besar bagi bumi untuk mengubati dirinya sendiri. Bak kata Agent Smith dalam The Matrix, kita ni jenis yang sentiasa bertambah dan bertambah dan tak nak mampus (dengan sedikit paraphrasing). Tak mengatakan yang kita patut mampus. (Dan kalau kita patut mampus pun, takde siapa—atau patut aku kata, tak ramai daripada kita—yang nak bunuh diri dengan suka rela. Tak aku, tak engkau.) Tapi kita kena beragak-agaklah dalam membiak, lebih-lebih lagi kalau kita nak hidup dengan gaya hidup yang menghabiskan begitu banyak sumber dan meninggalkan impak yang begitu besar pada alam sekitar. Kita bukan sahaja menggunakan jauh lebih banyak tenaga dan sumber berbanding dengan datuk nenek kita sebaru 70 tahun dahulu, populasi kita juga dah meletup. Untuk mempunyai anak ialah sesuatu yang indah, sebanyak tu aku boleh percaya. Tapi keberadaan kita pada situasi hari ini menuntut yang kita memikirkan semula sesuatu yang "semua orang pun buat" sejak azali. Kalau kita hidup dalam dunia di mana sumber adalah tidak terhad dan impak kita terhadap alam sekitar boleh diabaikan, maka pertambahan populasi tidak menjadi isu. Tapi kita tak hidup dalam dunia yang ideal tersebut. Adakah perbuatan melahirkan anak itu sentiasa baik tanpa mengira situasi? Tak.
No comments:
Post a Comment