///
Benda bukan bidang aku, jadi tak boleh cakap banyak sangat. Terutamanya aspek fisiologi/perubatannya. So ini lebih kepada anekdot je la kot.
Antara kelegaan yang dialami lepas tinggalkan Islam ialah simptom OCD (istilah Islamiknya was-was, henceforth w2, pergh) aku jadi kurang parah. Dulu aku kuat w2, dalam banyak aspek. Akidah dan jugak ibadah.
Dari segi akidah, aku banyak w2 sama ada aku masih berada dalam Islam atau tak. Ini datang dari berfikir, menonton rancangan2 TV berunsur sains dan bacaan. Bila jumpa benda yang tak selari antara sains dan Qur'an/hadis, kepala jadi celaru.
Pastu ada pulak w2 ibadah. Ini agak lazim la. Rasanya semua orang tahu kot. Kalau sendiri tak pernah rasa, mesti pernah jumpa mana2 brader/pakcik kat masjid yang kena w2 ni. Ambik wudhu' ½ jam. Baju basah kuyup. Angkat takbir 100 kali, bukan solat raya pun. Baca basmalah untuk Fatihah pun tak lepas (BISSS!!111!). Bulan Ramadhan, bila kumur2 masa ambil wudhu', kena ludah sejuta kali, takut ada satu molekul H2O (dari air paip) yang tertinggal dan tertelan dan membatalkan puasa.
Menariknya, w2 ni biasanya pada benda yang wajib je. So, dalam solat tu, noticeably, takbiratul ihram yang susah nak sempurna, sedangkan takbir2 transisi takde masalah. Basmalah camtu gak. Bagi Fatihah susah, surah2 sunat senang. Tajwid dan makhraj, Fatihah senang, surah2 lain takde hal. So on and so forth.
Disebabkan w2, penyempurnaan rukun jadi susah sangat, sampai diri jadi penat. Solat jadi benda yang ditakuti. Waktu solat, yang ditanda dengan laungan azan, ialah waktu yang menakutkan, sebab bila datang waktu solat, maka satu hutang baru perlu dilangsaikan sebelum kedengaran azan yang seterusnya. Sebab wudhu' susah sangat nak sempurna, solat (kecuali Subuh) biasanya ditunda ke akhir waktu, supaya dua solat dapat dilangsaikan dengan satu wudhu'. Aku pernah solat beberapa kali lepas dah murtad, dan jelas sangat ah kerilekan solat tanpa stress nak sempurnakan rukun dengan solat dengan stress. Rasanya kalau aku pergi haji, akulah orang yang paling rilek sekali, yakni, aku akan tahu la sama ada aku kena bayar dam atau tak dan baling jamrah dengan 7 batu tanpa keraguan langsung.
Sesetengah ustaz2 bangang (macam þ0®n§t@® janggut kambing tu) boleh la jadikan OCD/w2 ni sebagai modal lawak. Tapi bagi yang mengalaminya, benda seksa kot. Jantung berdegup2/berdetak kencang, seperti kenderaan mahu perang. Darah coursing thru the brain dan tepi kepala macam gila. Sebab banyak gila kot benda at stake kalau kau tak sempurnakan rukun ni. Tak sempurnakan syahadah, tak mempunyai iktikad yang sempurna berkenaan dengan kewujudan Allah/benda ghaib, atau tak yakin 100% terhadap ayat2 lucu kat dalam Qur'an, boleh masuk neraka selama2nya. Tak sempurnakan ibadah wajib, ada azab dia. So, no wonder la kalau otak orang yang mempunyai kecenderungan kepada OCD/w2 ni ambil pendekatan berhati2. Apa sangatlah kena tambah 6 rakaat extra kepada solat Subuh (sebab w2 bilangan rakaat) kalau boleh lepaskan diri daripada azab. Baik terlebih daripada terkurang rakaat. Apa sangatlah baju basah kuyup, asalkan wudhu's empurna. At least sejuk kot air tu. Better air daripada api neraka, ye dok?
Aku faham kesukaran w2 ni. Aku tahu yang menghilangkan Allah daripada iktikad aku memang membantu sangat la dalam pembuangan beban mental w2 ni. At least aku dah tak perlu conform dengan kebenaran iktikad, dan aku dah takde ibadah yang perlu disempurnakan. Tapi bagi sesetengah Muslim, bukannya senang nak tinggalkan Islam. Mungkin ada attachment dengan tuhan atau dengan identiti sebagai seorang Muslim. Takpun, keberadaan kat Malaysia tak membenarkan diorang untuk keluar dari Islam. Entah ah... Kalau ubah imej Allah mungkin membantu kot. Waktu aku masih Islam dulu, aku takut gila dengan Allah dan neraka. Bukan takde justifikasi bagi ketakutan ni. Qur'an dan hadis banyak gila ayat pasal seksaan kot. Tapi mungkin ada wiggle room dalam interpretasi bagi membenarkan imej Allah tu diubah daripada scary kepada not-so-scary. Cuba ah cari. Good luck. (Y)
"bukannya senang nak tinggalkan Islam. Mungkin ada attachment dengan tuhan atau dengan identiti sebagai seorang Muslim."
ReplyDeletemenggunakan perkataan "mungkin" ni biasanya org yg tak de pendirian tetap, mcm lalang sekejap g2 sekejap mcm n.. sbb 2 mudah keluar dr islam
[menggunakan perkataan "mungkin" ni biasanya org yg tak de pendirian tetap, mcm lalang sekejap g2 sekejap mcm n.. sbb 2 mudah keluar dr islam]
DeleteBoleh jadi ah kot. Mungkin.
Apa-apa pun, pada aku mengaku ketidakpastian dengan menyebut "mungkin" ialah satu tanda kerendahan diri, orang Arab (dan Melayu Muslim) sebut "tawadhu'". Tak banyak benda yang aku pasti tentangnya. Banyak benda yang aku berspekulasi tentangnya. Sebab itu aku selalu sebut "mungkin".
Cakap pasal spekulasi, kenapa kau gunakan ketidakpastian aku dalam berspekulasi tentang sebab kenapa orang susah nak tinggalkan Islam, untuk menunjukkan yang atas sebab itulah aku mudah keluar dari Islam? Kedua-duanya takde kaitan. Sebab aku ada kepastian yang agak tinggi yang Allah tu tak wujud.