Wednesday, 10 April 2013

Hey, itu sifat Muslim!

Ini trend yang aku perhatikan dewasa ini pada golongan Melayu Muslim. Bila mereka tengok negara orang ada transparensi, mereka kata: "Hey, itu sifat Muslim!" Bila tengok negara orang mementingkan alam sekitar: "Hey, itu tabiat Muslim!" Bila tengok pemimpin negara lain berlaku adil: "Hey, itu akhlak Muslim!" Aku ada berita untuk engkau, itu bukan nilai-nilai Muslim. Maksud aku, itu bukannya nilai-nilai yang Muslim boleh panggil sebagai milik sendiri. Kebanyakan nilai mulia yang terdapat dalam ajaran Islam, terkandung juga dalam agama-agama dan budaya-budaya yang lain. Pernah dengar tentang nilai moral sejagat?

Apa yang seorang Muslim cuba capai dengan membuat dakwaan hak milik ini? Aku rasa, apa yang cuba untuk dicapai di sini ialah efek dakwah, iaitu menampakkan keindahan Islam. Akan tetapi, sekiranya aku ada beberapa agama dan masing-masing mempunyai nilai yang sama, contohnya membenci korupsi dan menghargai sifat amanah, aku tidak dapat mengatakan agama mana yang lebih baik daripada yang lain berasaskan kriteria tersebut. Ini tidak menunjukkan yang Islam itu lebih baik daripada agama yang lain, sebaliknya yang Islam itu sama seperti agama lain. Ini tidak membantu mempromosi Islam, sebaliknya membantu mempromosi pluralisme.

Ianya juga agak annoying melihat claim-claim ini dibuat. Cuba bayangkan apa reaksi seorang Muslim Turki jika mengetahui yang presiden Turki, Erdogan, dipuji dalam Tibet Times dan dikatakan mempunyai ciri-ciri seorang Buddhis sejati? Mesti: "Hek-elleh, perasan gila, orang Tibet ni."

Kesimpulannya, nilai sejagat itu bukan milik sesiapa, dan tidak patut dilabel dengan pelabelan mana-mana agama. Panggil "nilai/sifat/akhlak mulia" sudahlah. Tapi, no shit, Sherlock, takkan kau nak point out benda yang obvious setiap kali ada pemimpin menunjukkan sifat yang patut diteladani kot?

3 comments:

  1. tulisan yg bernas! ini ciri-ciri Muslim! LOL...

    keep up!

    ReplyDelete
  2. Bila nilai-nilai Islam yang jahat, tak berani nak mengaku Islam punya pulak. Boleh kahwin budak, boleh pukul isteri, boleh bunuh orang lain atas nama agama, itu dalam quran bukan siap ada tulis ke?

    Mana quran tu mereka kata tak perfect, semua banyak konttradiksi bagai. Tuhan yang kejap baik, kejap jahat. Macam manusia pulak tuhan ni. Aku siap pernah kenal manusia yang lagi baik dari watak tuhan dalam quran tu.

    Dan orang tu bukan bernama Muhammad. Dia juga bukan beragama Islam. Ramai pulak tu yang lagi baik, lagi penyayang. Bukannya kaki menghukum :P

    -A.

    ReplyDelete
  3. +Ana T. Heist
    contoh "nilai jahat" anda boleh di putar belit dan dijustifikasi. Kita boleh tanya si penjual minyak ular "dr"zakir naik...

    1) perkahwinan budak- umur bukan isu, selagi dia mampu menampung berat lelaki, boleh jalan...
    2)pukul isteri- wanita hanya mempunyai separuh akal lelaki, lelaki adalah penjaga wanita oleh itu isteri boleh dipukul suami.
    3)Bunuh orang atas nama agama- well, islam adalah agama yg "benar", tak salah membunuh orang yg menyesat org islam
    4)quran perfect? "ofcourse" quran said its perfect so it must be perfect. and we wont understand the wisdom of allah because allah knows best...

    ReplyDelete