Thursday, 21 March 2013

Kalau Allah ciptakan dunia...

Siapa yang mencipta Allah? Soalan ini memang membahayakan iman, sebab itu ia dilabel secara bijaknya oleh Muhammad sebagai was-was yang (didakwa olehnya) datang dari syaitan. Aku tak cakap pasal infinite regress. Aku cakap pasal tuhan kepada Allah, hanya dua tingkat ketuhanan. Jika model ketuhanan berfungsi dengan satu tingkat, ia juga boleh berfungsi dengan dua (atau tiga atau empat atau apa-apa nombor positif yang bukan infiniti) tingkat tanpa mendatangkan paradoks infinite regress. Orang suka menggunakan hujah: Dunia yang sebegitu teratur ini pasti mempunyai pengatur. Kalau logik ini digunakan, kita boleh mengatakan bahawa pengatur itu sendiri mempunyai minda yang maha-kompleks, yang membawa implikasi (menggunakan logik yang sama) bahawa Allah pastinya mempunyai tuhan. Jika logik ini tidak boleh diaplikasikan kepada Allah, kenapa ia perlu diaplikasikan kepada alam? Jika Allah tidak perlu mempunyai pencipta dan mampu wujud secara sendirinya, kenapa alam ini tidak mampu melakukan yang sama?

6 comments:

  1. Surah Al-Ikhlas

    1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa,
    2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
    3. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan,
    4. dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia".

    1) sebut pasal logik.. Allah dgn manusia/makhluk itu sama ke? kalau x sama, boleh ke kita nak samakan logik antara makhluk dengan pencipta (Allah)?
    (sbg contoh, penyakit kanser ovari akan logik jika seorang perempuan yg menghidapinya tetapi sangat tidak logik bagi seseorang lelaki normal utk menghidapinya)

    2) Logik manusia boleh berubah2..betul x? klau x, kenapa manusia dahulu-kala kata x logik untuk seseorang itu bergerak sejauh 300 km dlm masa 30 minit. tetapi manusia sekarang kata itu sudah logik kerana kini mempunyai pesawat terbang. dari situ sudah nampak betapa lemahnya pemikiran manusia yang berpaksi kepada logik akal manusia yang terbatas.

    3) kewujudan Allah dan kewujudan makhluk x sama dari sudut definisi. menyamakan kewujudan Allah dengan kewujudan alam/makhluk adalah kegagalan dalam memahami definisi. maka ko telah gagal dlm memahami definisi penciptaan Allah at first.

    4) bila x faham basic definisi , akan wujudlah soalan2 pelik seperti menanyakan "bila akan kamu habis haid?" kpd seorang lelaki normal. sama la juga seperti ape yg ko tanyakan atas ni. so tolong faham definisi dahulu. (tlg baca surah al-ikhlas ayat 4 tu byk2 kali sampai faham definisinye ok)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Akhirnya ada feedback. Terima kasih kerana mengambil masa untuk membaca dan mengkomen. Harapnya pertukaran ini dapat memanfaatkan kita semua.

      1) Itu satu persoalan yang menarik. Jawapan aku ialah: Aku tak tahu. Sebab Allah tak pernah memanifestasikan dirinya sehingga ke tahap yang kita boleh menguji zat Allah dan mengenalpasti sama ada Allah itu sama macam kita ataupun tidak. Engkau tahu ke sama ada Allah itu sama dengan kita atau tak? Dan macam mana boleh engkau tahu? Satu-satunya “bukti” yang kita ada ialah Al-Qur’an. Kita tidak boleh bergantung hanya kepada wahyu untuk menentukan ciri-ciri sesebuah kejadian/fenomena, sebab wahyu ialah testimoni/kenyataan seorang "saksi" (dalam kes Islam, Muhammad) dan bukan data eksperimental yang boleh diharapkan dalam menguji fenomena saintifik. Hanya kerana sebuah kitab itu mengatakan yang tuhan itu wujud, dan dia mempunyai definisi yang sekian-sekian, tidak bermaksud yang tuhan itu sebenarnya wujud, dan dia sebenarnya mempunyai ciri-ciri yang tersebut. Ianya satu penghujahan yang lemah untuk menggunakan wahyu untuk membuktikan kebenaran wahyu. Cuba bayangkan seorang yang berhujah tentang kebenaran teori evolusi dan apabila diminta untuk didatangkan hujah, dia berkata: “Sebab ia ditulis dalam buku On the Origins of Species”. Ini bukan cara penghujahan yang betul/berkesan.

      2) "Logik" atau kefahaman manusia berkenaan dengan alam semesta ini memang berubah. Betul, koleksi ilmu yang dimiliki oleh tamadun manusia telah banyak kali dikemaskinikan. Betul, logik kita terbatas. Tapi logik dan sains ialah antara alat-alat terbaik yang kita miliki untuk mempelajari lebih tentang alam semesta dan logik dan sains telah membuktikan keberkesanannya dalam memperbaik keadaan kehidupan manusia.

      Hanya kerana sains itu sering dikemaskinikan, ini tidak bermaksud yang konklusi yang tidak dapat dielakkan daripada kenyataan ini ialah "tuhan itu wujud". Ini ialah non-sequitur dalam perbincangan logik.

      3) Lihat point 1).

      4) Bukan tak faham definisi, tapi keengganan untuk mengecualikan tuhan daripada semakan/ujian logik yang dikenakan kepada fenomena lain atas dasar tiadanya sebab untuk pengecualian ini. Kenapa perlu tuhan diuji dengan sesuatu selain logik, sekiranya logik sahajalah yang alat yang kita miliki yang boleh digunakan untuk menguji fenomena tuhan? Even pilihan engkau untuk berpegang pada Islam dan bukan agama lain pun dilakukan berdasarkan logik.

      Kau tak boleh harapkan seorang yang tidak percaya dengan wahyu untuk mengambil penghujahan kau yang hanya berdasarkan Al-Qur'an dengan serius.

      Delete
  2. 1) aku jawab mcm tu sbb cara soalan ko tu seperti ko mempercayai Allah itu wujud tetapi mempersoalkan "adakah terdapat tuhan kepada Allah? ataupun tuhan kepada tuhan Allah?" merujuk kepada ->[Kalau Allah ciptakan dunia... Siapa yang mencipta Allah?]

    2) ko pun dah akui yg logik manusia itu terbatas. maka, boleh ke kita nak mempercayai sesuatu (logik manusia) yang lemah, terbatas dan sering berubah-ubah ni?
    Atau kau ingin memperkatakan kita harus mempercayainya……atleast buat masa sekarang? dgn ragu2?

    - ANTARA contoh2 kenapa aku yakin dgn logik al-quran :

    a) dlm quran ada menceritakan perihal 2 lautan (air tawar & air masin) yang bertemu tetapi tidak bercampur.
    *Mr.Jacques Yves Costeau tlh menemui tempat ini di Mexico dalam rancangan 'discovery' beliau. (terdapat bukti gambar & video)

    [logik manusia sebelum mengetahui dimana tempatnya akan berkata quran itu sesat, seterusnya mengatakan nabi muhammad hanya mengada2kan cerita shj]

    i)nabi muhammad ada pergi buat research dulu ke? sudah tentu tidak. tp mcm mana boleh baginda tahu?

    jwpn dari segi seorang muslim : sbb ilmu di dlm quran itu adalah dari Allah, bukannya dari Nabi Muhammad. sbb aku yakin, menyelam jauh di dasar laut adalah mustahil pada zaman itu (tiada tangki gas oksigen).
    dan contoh2 dari perkara spt ini juga lah yang membuatkan aku semakin percaya bahawa tuhan itu wujud.

    b) dlm quran juga ada menceritakan perihal alam ghaib spt jin dan syaitan. yang juga boleh menjelma dengan pelbagai bentuk rupa. buktinya juga banyak sehingga tidak terkira spt penampakan makhluk2 itu (saksi dari manusia hidup, gambar dan video) .

    i) apakah sains logik kau punya explaination pasal benda tu?

    dan bagaimana pula jika melibatkan perkara ghaib - santau (angkara jin dan syaitan)?

    -santau : antara kes santau yg pernah aku tgk, org tu berjumpa doktor utk check apa yg dia alami selepas merasakan dirinya tidak sihat..and mengikut jawapan logik manusia (doktor), selepas di check dgn penggunaan xray (logik xray sepatutnya akan memperlihatkan apa yang diimbaskan) dan yg lain-lain semuanya menunjukkan dia adalah normal. tetapi setelah mendapatkan rawatan dengan seseorang yang pakar dalam rawatan ghaib ini, pesakit itu telah memuntahkan berpuluh2 paku keluar dari mulut, punggung dan farajnya.

    ii) mengikut logik kau, mcm mana boleh terjadinya perkara seperti itu?

    iii) satu lg soalan..adakah kau mempercayai wujudnya alam ghaib iaitu syaitan dan iblis serta perbuatan santau ni? (aku nak tahu jugak walaupun aku tahu kemungkinan besar jawapan ko adalah "Tidak percaya")

    3) & 4) mcm point 1).. tp ok, mungkin aku salah faham.

    ReplyDelete
  3. "1) aku jawab mcm tu sbb cara soalan ko tu seperti ko mempercayai Allah itu wujud tetapi mempersoalkan "adakah terdapat tuhan kepada Allah? ataupun tuhan kepada tuhan Allah?" merujuk kepada ->[Kalau Allah ciptakan dunia... Siapa yang mencipta Allah?]"

    Tak, aku tak percaya kepada Allah. Aku cuma nak letak dalam persoalan, kenapa soalan sebegini tidak boleh dikenakan kepada Allah. Hanya sebab manusia memberi definisi kepada Allah yang dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, tidak semestinya ianya hakikat berkenaan dengan Allah. Kalau Allah itu benar-benar wujud, siapa boleh cakap dengan 100% keyakinan yang Allah itu sendiri bukan atheist dan sebenarnya mempunyai tuhannya sendiri? Takde orang yang boleh test sama ada Allah itu mempunyai tuhan atau tak. Dan satu-satunya “bukti” yang menafikan ini ialah penyaksian daripada Muhammad. Ini bukan data yang mencukupi dalam establishing the existence a natural phenomenon. (<-sori, aku tak boleh katakannya dengan lebih baik dalam BM.)

    "2) ko pun dah akui yg logik manusia itu terbatas. maka, boleh ke kita nak mempercayai sesuatu (logik manusia) yang lemah, terbatas dan sering berubah-ubah ni?
    Atau kau ingin memperkatakan kita harus mempercayainya……atleast buat masa sekarang? dgn ragu2?"

    Betul, logik manusia terbatas. Ya, kita perlu mempercayai sains dan logik manusia, sebab itu satu-satunya benda yang kita ada dan boleh harapkan. Kalau kau tak bergantung kepada sains dan logik, kau nak bergantung kepada apa? Quran? Dan kenapa kau hanya yakin kepada logik Quran dan bukan kitab-kitab suci yang lain? Kenapa tidak Bible, atau Torah atau Rig Veda? Kau cakap pasal fakta saintifik yang terkandung kat dalam Quran, itu semua tipudaya dan dakwaan kosong je. Kalau kau buat Google search sebentar berkenaan dengan keajaiban sains yang terkandung dalam agama-agama lain, kau menemui perkara yang sama seperti mana yang terdapat dalam Islam. Orang Kristian, Yahudi dan Hindu pun membuat dakwaan berkenaan dengan wujudnya ayat yang menyebut tentang Big Bang di dalam kitab-kitab mereka. Jadi, agama mana yang betul dan mengandungi rahsia-rahsia alam yang sains masih belum temui?

    Lagi satu, kalau betullah dakwaan para orang beragama berkenaan dengan kitab suci mereka, kenapa segala “rahsia” atau “keajaiban” yang terkandung kat dalam kitab suci tidak pernah menjadi rujukan para saintis dalam kajian saintifik mereka? Jawapannya ialah kerana di dalam kitab suci tidak terkandung informasi yang berguna kepada para saintis. Biasanya dakwaan keajaiban hanya akan dibuat setelah sesuatu fakta saintifik itu telah diterima awam, seperti teori Big Bang.

    "a) dlm quran ada menceritakan perihal 2 lautan (air tawar & air masin) yang bertemu tetapi tidak bercampur.
    *Mr.Jacques Yves Costeau tlh menemui tempat ini di Mexico dalam rancangan 'discovery' beliau. (terdapat bukti gambar & video)

    [logik manusia sebelum mengetahui dimana tempatnya akan berkata quran itu sesat, seterusnya mengatakan nabi muhammad hanya mengada2kan cerita shj]

    i)nabi muhammad ada pergi buat research dulu ke? sudah tentu tidak. tp mcm mana boleh baginda tahu?"

    Tak, nabi tak buat research. Tapi pengetahuan seorang manusia tidak hanya terhad kepada sumber primer. Kau pun tahu banyak berkenaan dengan ilmu sains terkini tanpa perlu menjadi seorang saintis. Apa yang menutup kebarangkalian yang Muhammad mendapat pengetahuan berkenaan dengan fenomena semulajadi yang agak obvious ini daripada sumber sekunder? Kenapa perlunya segala pengetahuan yang Muhammad ketahui datang daripada sumber wahyu?

    ReplyDelete
  4. "jwpn dari segi seorang muslim : sbb ilmu di dlm quran itu adalah dari Allah, bukannya dari Nabi Muhammad. sbb aku yakin, menyelam jauh di dasar laut adalah mustahil pada zaman itu (tiada tangki gas oksigen).
    dan contoh2 dari perkara spt ini juga lah yang membuatkan aku semakin percaya bahawa tuhan itu wujud."

    Dan orang Hindu boleh claim yang ilmu Big Bang dalam kitab Veda (aku cadangkan kau buat search "Big Bang in Vedas") datang daripada tuhan mereka. Sekarang, siapa yang betul? Kau atau orang Hindu?

    "b) dlm quran juga ada menceritakan perihal alam ghaib spt jin dan syaitan. yang juga boleh menjelma dengan pelbagai bentuk rupa. buktinya juga banyak sehingga tidak terkira spt penampakan makhluk2 itu (saksi dari manusia hidup, gambar dan video)."

    Buktinya tidak terkira? Kau tak fikir ke kalau buktinya tidak terkira, kenapa para saintis, orang-orang yang paling curious kat atas muka bumi dan yang paling enthusiastic untuk mempelajari tentang alam semesta bukan orang yang pertama untuk menkaji dan mendokumentasi perkara-perkara sebegini? Jawapannya ialah kerana magic, voodoo, sihir dll. hanya merupakan tahyul dan superstitions sehingga tidak layak untuk mendapat perhatian serius daripada dunia sains.

    "i) apakah sains logik kau punya explaination pasal benda tu?

    dan bagaimana pula jika melibatkan perkara ghaib - santau (angkara jin dan syaitan)?

    -santau : antara kes santau yg pernah aku tgk, org tu berjumpa doktor utk check apa yg dia alami selepas merasakan dirinya tidak sihat..and mengikut jawapan logik manusia (doktor), selepas di check dgn penggunaan xray (logik xray sepatutnya akan memperlihatkan apa yang diimbaskan) dan yg lain-lain semuanya menunjukkan dia adalah normal. tetapi setelah mendapatkan rawatan dengan seseorang yang pakar dalam rawatan ghaib ini, pesakit itu telah memuntahkan berpuluh2 paku keluar dari mulut, punggung dan farajnya."

    Kes santau mana yang kau katakan ini? Mana dokumentasi formal berkenaan dengan perkara ni? Biasanya bila datang kepada kisah2 luar biasa ni, orang hanya ada “bukti” dalam bentuk rumours dan khabar angin sahaja. Untuk kau establish sesuatu fenomena sains, kau perlukan sesuatu yang boleh diuji dan boleh diulang.

    Kau tak rasa pelik ke yang kes santau ini hanya terkenal dalam komuniti yang kurang terdidik dan banyak tahyul. Mana ada kes santau yang didokumentasi dalam komuniti saintis. Kenapa?

    "ii) mengikut logik kau, mcm mana boleh terjadinya perkara seperti itu?"

    Bagaimana terjadinya benda sebegitu? Agakan aku ialah sama ada ia tak pernah berlaku, atau ianya semua hanya placebo atau ia sudah mempunyai penjelasan saintifik.

    "iii) satu lg soalan..adakah kau mempercayai wujudnya alam ghaib iaitu syaitan dan iblis serta perbuatan santau ni? (aku nak tahu jugak walaupun aku tahu kemungkinan besar jawapan ko adalah "Tidak percaya")”

    Aku dah berhenti percaya dengan nonsense yang tak boleh dibuktikan.

    ReplyDelete
  5. dari ingatan saya, dua buah lautan ini mempunyai kedudukan geografi yang berbeza dimana satu lautan berkedudukan tinggi sedikit dari satru lagi lautan. menyebabkan air tawar dan masin ini tidak bertembung. dan dijelaskan bahawa muhammad terlihat dan telah mengalami peristiwa ini semasa didalm perjalanannya,hendak memberi untanya minum. dari itu dia membuat penemuan tersebut dan mula menyatakan didalam alquran. jika ingin tahu lebih lanjut, maaf saya tak dapat jelaskan dengan terperinci, tapi cuba lah mencarinya dilaman youtube tersebut. tk

    ReplyDelete