Bukan itu je la kot.
///
"Setiap bayi lahir dalam fitrah (keislaman). Maka ibu bapanyalah yang menjadikannya (beragama) Yahudi atau Kristian atau Majusi." Kata-kata ini diambil daripada hadis sahih Bukhari. Dakwaan ini ialah dakwaan yang kosong. Pertamanya ialah kemustahilan dakwaan ini. Seorang bayi tidak mempunyai apa-apa pendapat langsung tentang isu ketuhanan. Otaknya masih belum berkembang untuk merenung konsep ketuhanan. Bayangkanlah, bahkan konsep sangat mudah seperti kekekalan objek (objek yang hadir tidak berhenti wujud apabila ia disembunyikan daripada pancaindera) pun masih tidak ditangkap sehingga mencecah umur beberapa bulan. Inikan pula konsep ketuhanan Islam yang bukan sahaja begitu rumit, malah mempunyai komponen faktual. Mustahil bagi seorang bayi untuk lahir dengan keyakinan bahawa Muhammad, dan bukan orang lain, ialah utusan tuhan yang terakhir.
///
"Setiap bayi lahir dalam fitrah (keislaman). Maka ibu bapanyalah yang menjadikannya (beragama) Yahudi atau Kristian atau Majusi." Kata-kata ini diambil daripada hadis sahih Bukhari. Dakwaan ini ialah dakwaan yang kosong. Pertamanya ialah kemustahilan dakwaan ini. Seorang bayi tidak mempunyai apa-apa pendapat langsung tentang isu ketuhanan. Otaknya masih belum berkembang untuk merenung konsep ketuhanan. Bayangkanlah, bahkan konsep sangat mudah seperti kekekalan objek (objek yang hadir tidak berhenti wujud apabila ia disembunyikan daripada pancaindera) pun masih tidak ditangkap sehingga mencecah umur beberapa bulan. Inikan pula konsep ketuhanan Islam yang bukan sahaja begitu rumit, malah mempunyai komponen faktual. Mustahil bagi seorang bayi untuk lahir dengan keyakinan bahawa Muhammad, dan bukan orang lain, ialah utusan tuhan yang terakhir.
Kemudian, katakanlah pun yang memang Allah itu wujud, dan Muhammad itu pesuruhnya. Katakanlah juga yang bayi-bayi ini sebenarnya percaya kepada Allah dan Muhammad. Bagaimana mahu kita pastikan kenyataan ini? Pastinya kita tak boleh bertanya, kerana mereka tidak boleh memahami percakapan orang dewasa mahu pun menjawab dengan bahasa yang boleh difahami. Bagaimana pula kita mahu mengimbas otak bayi-bayi daripada pelbagai masyarakat dan merumuskan daripada imbasan tersebut yang bayi-bayi dari seluruh dunia ini mempunyai kepercayaan Islam? Setakat ini kita tidak mengetahui pola imbasan otak mana yang melambangkan keyakinan terhadap ketuhanan Allah dan kenabian Muhammad. Pendek kata, ini adalah tugas yang mustahil buat masa ini. Atas sebab itu, posisi yang paling bermurah hati yang boleh kita pegang berkenaan dengan hadis ini ialah agnostisisme. Boleh jadi semuanya betul, tapi kita tak boleh mengatakan dengan pasti.
Melihatkan kelemahan dakwaan ini, kenapa ia tetap dianggap relevan oleh orang Islam? Suspisi aku ialah dakwaan ini membuatkan orang Islam merasa bangga terhadap kesemulajadian agama mereka berbanding dengan agama-agama lain yang hanya berbentuk korupsi terhadap fitrah. Seolah-olah kesemulajadian ialah penentu kepada keadaan yang patut dicapai. Ia bukan. Contoh bagi menunjukkan ketidakbolehharapan kesemulajadian dalam menentukan apa yang patut dilakukan ialah kecenderungan semulajadi manusia kepada perpuakan. Kita semua mempunyai kecenderungan inheren untuk lebih berempati dengan mereka yang dirasakan sebahagian daripada ras kita sendiri berbanding dengan mereka yang dirasakan di luar daripada ras kita. Adakah kecenderungan ini patut memandu kita dalam memberikan penilaian terhadap nyawa manusia berdasarkan ras? Dalam kata lain, adakah kita patut, berdasarkan kecenderungan semulajadi, mementingkan nyawa orang Melayu (contohnya, sebab aku Melayu) daripada nyawa orang Cina atau India? Tidak. "Tapi, kan perasaan ini semulajadi. Kenapa tak diraikan?" Kerana semulajadi tak semestinya baik. Kita ada sesuatu yang lebih baik iaitu konsep kesamarataan ras, yang kepentingannya hanya boleh dihayati dengan kesedaran dan renungan.
Kesimpulannya, terdapat tiga bantahan terhadap dakwaan fitrah keislaman bayi: kemustahilan, ketidakbolehbuktian dan falasi appeal to nature. Aku juga mahu menekankan ketidakbergunaan dakwaan bahawa setiap bayi adalah ateis. Dakwaan ini mungkin sedikit lebih baik di mana ia mungkin tidak mustahil dan boleh dibuktikan melalui deduksi (sekiranya premis-premis tertentu adalah benar)*, akan tetapi ia tetap tak berguna atas sebab falasi yang sama. Jadi hentikan permainan bodoh ini.
*Secara definisinya, seorang ateis ialah sesiapa sahaja yang tidak mempunyai kepercayaan kepada tuhan. Bayi atas sebab ketidakmampuan akalnya tidak mampu membentuk kepercayaan terhadap konsep yang begitu rumit ini. Atas sebab itu, mereka tidak percaya dan secara definisinya adalah ateis. Tapi ketidakpercayaan ini bukannya penafian yang sengaja kepada dakwaan bahawa adanya tuhan yang mencipta alam ini. Bagi aku, ketidakpercayaan yang sebegini tak membawa apa-apa makna, terutamanya jika engkau ialah seorang yang secara aktifnya ingin mempelajari tentang kebenaran dunia ini.
Pada pendapat aku, pendirian ateisme, bahkan apa-apa kepercayaan sekali pun, hanya mempunyai merit intelek jika seseorang itu datang kepadanya melalui renungan dan pembuktian. Kalaulah manusia tidak pernah terfikir untuk menyandarkan kewujudan alam ini kepada tindakan tuhan, dan semua orang secara lalainya (default) adalah ateis, maka menjadi seorang ateis tidak melambangkan apa-apa perkembangan minda. Tiada pencapaian atau kejayaan di situ, yang ada hanya nasib baik. Lebih penting bagi aku ialah perjalanan itu sendiri, iaitu kesediaan apabila didatangkan bukti untuk membuang kepercayaan lama setelah menyedari kejahilan diri, dan bergerak kepada kepercayaan baru.
Terima kasih dan tahniah kepada Tuan kerana dapat menggunakan aqal dengan baik terutamanya dalam mempersoalkan semua perkara dan saya tidak tahu sejauh mana Tuan telah mendapat jawapan yang dapat diterima aqal Tuan.
ReplyDeleteBerkaitan dengan hadis yang Tuan bawakan ""Setiap bayi lahir dalam fitrah (keislaman). Maka ibu bapanyalah yang menjadikannya (beragama) Yahudi atau Kristian atau Majusi." Kata-kata ini diambil daripada hadis sahih Bukhari" (fitrah) di situ pada saya lah tidak disebut Islam atau beragama islam. kata fitrah merjuk kepada suci di mana kanak-kanak yang baru dilahirkan mereka tidak berdosa. Ini bercanggah dengan Kristian yang mempercayai Original Sin di mana semua kanak-kanak yang dilahirkan adalah BERDOSA; maka ia perlu di Baptistkan supaya hilang akan dosanya.
Telah jelas bayi yang lahir itu tidak boleh dikaitkan dengan agama Islam pun memandangkan taklif atau beragamanya seseorang itu adalah ketika dia sudah beraqal dan mampu untuk memilih sesuatu dan dapat membezakan baik dab buruknya. Ketika ini dipanggil mumayyiz saat manusia dapat berfikir dengan baik dan tahu mana baik dan buruk
Adapun ketika aqal kanak2 masih belum dapat berfikir waras dan dapat membezakan benar atau palsu maka sudah tentu kecenderungan dia mengikut kepercayaan mak dan bapak nya amat kuat. Jika mak bapak nya Kristian nmaka kecenderungan mengkristiankan cerah, begitu juga Muslim. Jika mak bapak nya Atheist maka kebarangkalian si anak mengikut ketidakpercayaan mak bapak nya amat besar.
Bertanya sememangnya sunnatullah di mana dari awal lagi kita sudah diajar soal dan jawab di mana ketika Allah bertanya kepada manusia "adakah Aku Rabb (Tuhan) kamu?" maka manusia (ruh-ruh) menjawab "Bahkan (ya) dan kami menyaksikan". Ini adalah soal dan jawab Allah bersama di alam arwah (alam ruh) di mana manusia belum lagi dicpta fizikal mereka untuk dilahirkan ke dunia.
Begitu juga Tuan memang betul bila mengaitkan aqal dan agama kerana memang ada hadis yang menyebut bahawa "Tidak ada agama bagi mereka yang tidak beraqal". Ramai manusia yang beragama menerusi ikut-ikutan tak kira agama itu dikatakan benar atau salah. Aqal tidak berfungsi malah dimatikan sebelum matinya jasad. Mohamad juga menyebut supaya "bercakap pada kadar aqal orang yang kamu pertututri" atau audience kita mesti jelas dan kadar aqal mereka perlu diketahui supaya mesej dan idea yang disampaikan itu berkesan dan dapat memenuhi kehendak mereka yang menerima komunikasi kita.
ReplyDelete+abu mohsein anda sedar tak anda membuat interpretasi anda sendiri?
ReplyDeleteanda mengatakan fitrah sebagai keislaman dan anda menyamakan keislam dengan kesucian??
saya boleh membuat intepretasi saya sendiri mengunakan logik yg sama dengan kefahaman agama lain